Wednesday, December 28, 2011

~Study week~

Assalamualaikum semua.......................... !!!!

Lama giler x buka blog....
almaklum jak la.. busy memanjang...
enth pa la yg dibusykn tu... huhuhuhu
by the way... week ni merupakan "study week" utk final exam sem 1 ni
Bosan giler seharian dlm blik mghadap buku...
tapi demi masa dpn n org tua... redah jak...

kata org "b'susah2 dahulu, b'senang2 kmudian" 
 Efa ska dgr kata2 tu.. kdang2 buat Efa smangat utk buat sesuatu
especially waktu stdy.. Efa t'bayangkan wajah parents klu Efa study..
Kesian kat dorg.. cuz dah susah payah hntr Efa bljr kat cni
entah brapa byk dah duit dorg hbs utk spend my life...

mmg byk btl la dugaan bila kta buat sesuatu yg bek ni..
contoh nya.. Study...
Mcm2 la dugaannya..
Malas la.. tidur la.. mkan la..
tpi Insya Allah
semua tu x mghalang Efa utk trus maju khadapn..

Sbjek yg Efa ni ambl.. mmg m'cabar jiwa & mnda
cuz semua nya perlukn bacaan...
ergghhh... byk kena hafal..
mmg biul la otak jadi nya..
tpi mdh2 hn xla.. biul..
Parah tu jadi nya klu biul.. hehehehe

PSIKOLOGI..... Interested things!!!!
but test the mind
Hopely can study all this with easily
Allah always got beside me.

Gud Luck for final exam guys... Chayok2!!!

That's all...... (^_^) lalalalala


Saturday, October 8, 2011

Assigment!!

Hai guys.... lama x post kat cni.. busy la.. lgpun xda cita nak post kat cini.. but 4 this time.. ada cita yang Efa blh share dgn korg.. iaitu pasal ASSIGMENT!!! tau x... mula2 msuk kls jak... dah dpat assigment yg p'tama untuk subjek perkembangan psikologi... t'kejut jgk.. tpi senior2 kta i2 p'kara normal la.. sbb kita skrg dah ada kat universiti.. bkn mcm sekolah dulu... tngu 2, 3 miggu bru mula kn study.. tpi kat universiti ni x.. .jauh sama sekali beza nya dgn sekolah.. mklum aja la.. 

org2 yg msuk universiti ni.. smua dah bsr2 belaka.. blh fkir mana bek n bruk.. bg2 jgk dgn kmi.. student2 d ums ni.. i2 cita awal sem.. skrg dah 1 bulan b'lalu.. dan assigment pun smakkin b'tambah... skrg ni Efa dpt 5 tugasan assigment yg perlu Efa siap kn. 2 drpd assigment 2 kna hntr dlm mnggu dpn.. Ya Allah!!!! mati la.. mcmna ni?? asigment x siap lgi!! bru buat jak.. i2 pun msh blurr2 lgi..sbb xfhm.. nak mnta ajr... tpi xtau dgn sapa.. senior2 xda yg nak ajar.. dorg akan ckp.. klu nak tau.. mnta ajar dgn lecturer.. lecturer plk ckp.. mnta ajar dgn senior... hbs 2 dah dua2 xnak ajar.. sapa yg ajar kitaorg.. so ksimpulan nya.. ktaorg bljr sndri jak la.. 

Sabar la jak.. pghidupan d cni mmg bg2.. smua nya kna buat sndri.. xda org akan tolong kita melainkn diri kita sndri.. mmg susah la... cuz Efa kn msh bru lgi.. jrg buat sndri2.. tpi kat cni.. stiap msa akn buat krja sndri.. so.. bljr jak la.. nnt akn jdi 1 pgalaman b'harga dlm hidup.. huhuhuhu.. melalut plk Efa ni.. enth cita pa2 enth.. padahal nak cita pasal assigment.. pa la Efa ni.. hihihihihi.. em.. susah hati jgk la.. pasal assigment ni.. nsb bek jgk la.. smua assigment 2 x kena hntr pada msa yg sama.. klu x.. mati la.. nak buat smua 2 sekali gus.. ada kawan Efa.. kna hntar semua assgment pada msa yg sama.. Parah la mcm 2.. kna buat kerja sekali gus.. em.. tpi xpa.. gud luck jak untuk kawan Efa .. hehehehe 

okla korg.. that all yg Efa dpt citakan untuk kali ni.. nnt ada story lgi. Efa akan share dgn korg smua k.. Assalam.. (^_^)

Tuesday, September 13, 2011

Pengalaman baru d UMS..

Assalamualaikum korg....... dah lma Efa x update blog ni.. Dah b'sawang dah pun..... lma sgt x b'celoteh kat cni.. rndu rsa nya... Skrg ni Efa dah ada kat UMS, Kota Kinabalu.... Smbg stdy n kejar cita2 Efa.. 
Efa msuk ni pun atas dorongn n sokongn drpd parents Efa.. dorg nak sgt tgk Efa b'jya dlm hdp Efa.. 
b'jaya b'gelar MAHASISWI n bawa plg SEGULUNG IJAZAH utk dorg...

Msa mula2 dpt twrn msuk IPTA, rsa hapy n teruja... sbb org kata hdp alam Universiti ni syok... best.. byk bnda bru kita akn lalui.. sblm dtg cni.. mmg Efa truja la nak rsa smua bnda yg senior2 ckp 2.... tpi bila dah smpi cni........emmmmmmmmmmmmm
Efa x rsa pa yg dorg smua katakan... bru 1 mggu Efa kat cni.. rsa nak blk twu dah.
xthan duduk kat cni.. hri2 Efa nangis ingt kat family especially my mum.. Efa rindu sgt kat dia.
Ialah, mna x rndu nya... Efa rpat dgn my mum.. klu ada krja nak buat / story nak cita
mst Efa share dgn my mum.. tpi kat cni.. xdpt share dgn sapa2..
only me alone... Sedih sgt2 kat cni.. xthan la hdp mcm ni...
bila bgtau kwn2, dorg kata "ala, rileks la.. ni kn bru p'mulaan. Mmg la mcm 2. lama2 nnt.. besa la 2"

ssh btl Efa nak suaikn diri... smpi kdg2 Efa x mkn sbb xda selera.. nak save money..
tkut klu2 duit yg ada ni hbs.. so kna kurg kn mkn la..
xblh mkn mcm kat rmh.. kat rmh.. nak mkn ambl jak kat dpur.. tpi kat cni...
kna bli... dah la blik Efa ni tgkat 3, pnat nak nek trun tgga... lenguh kaki rasanya.
then mkann pun xla ok sgt.. hrga pun mhal... bila ingtkn smua ni mst Efa akn nangis...
sblm ni Efa ssh sgt nak nangis.. tpi bla dah msuk UMS ni
ksedihan n air mata 2 kerap mlanda diri ini..

rndu nya Efa dgn umi Efa, dgn ayah Efa.. n adk2 yg len..
rndu nak dgr suara dorg yg riuh-rendah 2.. kat cni.. sunyi sepi jak..
klu Efa sndrian dlm blik.. mst nangis sbb ingt kat dorg..
Efa dah besa dgn suasana yg riuh rndah tpi bila dtg cni sunyi sepi jak.. 
rsa len btl... mnangis bagai nak rak bila ingt dorg.... nsb bek mata x bgkak...

Kehidupan d cni mmg jauh b'beza dgn khdupan Efa sblm ni...
nak nek bas kna brebut2.... klu x, xdpt la nek.. ssh la.. lps 2 mau pegi mana2 kna jgk
nek bas sbb jauh... mau jln kki.. x larat sbb jauh.. lps 2 sndiri2 jak..
tkut nnt jdi pa2.. dah la Efa ni prmpuan.. Efa dtg cni dgn bwa hrpn ibu bapa Efa yg besar
nak tgk Efa b'jaya... Sbb 2 Efa b'doa kpd Allah... Smoga Dia p'mudahkn
segala urusan Efa d UMS ni spanjang mlanjutkn pelajaran kat cni.. AMIN!!!!!

Hopely... everything will be gonna be fine after this...
n Efa dpt suaikn diri dgn pghidupan kat cni...
Smoga msa 3 thn ni akn b'lalu dgn cpt.. spaya Efa dpt blk smula ke pgkuan kluarga
yg d rindui sllu....





Wednesday, June 29, 2011

Makanan Terbaik Utk DIET


BROKOLI 
1 cangkir brokoli yg d rebus m'gandungi zat besi n serat. Ia mmpu m'gurangkn risiko plbagai pyakit sprti kanser.

EPAL 
Sebji epal m'beri kmu 10% serat yg d sarankan pda kmu. Ia mmpu m'jadikan perut lbh anjal. 

YOGURT
M'gandungi "probiotik" ug baik utk p'cernaan jgk mrupakan sumber kalsium yg baik serta d yakini dpt m'bantu m'gatasi "irritable bowel syndrome" n m'gurangkan risiko kanser.

SAYURAN BERWARNA HIJAU GELAP
Sayuran hijau m'gandungi byk vitamin, zat besi n serat utk m'yihatkan kulit, rmbut serta kuku.

PISANG
Kandungn potasium yg tggi n mampu mningkatkn tenaga tanpa gula tambahan.


Sunday, June 26, 2011

Langkah Tangani MIGRAIN

Entry kli ni nak cita psl MIGRAIN plk... 
korg mst tau kn migrain 2 pa??? hehehe 
Pghidap migrain sllu rasa fobia n bimbang klu2 serangan 
migrain b'laku kat dorg...
Ni Efa nak kgsi dgn korg 4 cara mudah tangani migrain


Pertama
Pegi ke tmpt yg gelap n selesa. P'kra yg besa n amat mudh dilakukan ialah
cuba jauhkn diri drpd suasna n p'sekitaran yg terang
n b'chaya. Serangan migrain besa nya dikaitkn dgn b'lebihan
rangsangan yg msuk ke dlm sistem tubuh. Sebaik nya elakkn drpd m'dptkn
rgsangan luar sprti chaya, haba, suara n sbginya


Kedua
Letakkan tuala yg bsah / sjuk d dahi, kpala n jgk skitar leher.
D smping tu, rhatkn mntal anda. Migrain smemangnya d kaitkn
dgn mntal n minda yg brat. Jdi, elakkn drpd kmu d himpit dgn plbgai
faktor dri luar...


Ketiga
Fokus kpd hdp kmu yg ceria. Lpakan sebaik mgkn
pa jgk mslh yg m'bebani fkrn kmu.


Terakhir
Dptkn tdr yg b'kualiti. Utk m'dptkn tdr yg smpurna mmg ssh.
Jdi cubala dptkn rht n se blh2 nya tdrla.
Bila kmu tdr, mnda akn bnar2 rhat n bbas drpd rgsangan n gangguan
dri luar yg blh mningkatkn migrain kmu..


Friday, June 24, 2011

Resepi Kemanisan Kehidupan


Wah..sdpnya kek b'perisa coklat ni. Manis dan lazat Begitu jgk dgn khdpn kita... msti sronok klu khdpn kita mcm kek coklat ni kn???? Kemanisan mnmbahkn rsa asam garam dlm khdpn kita. Wlu shebat dan stinggi mana pun traf khdpn kmu, jika xda kmanisan dlm khdpn psti hambar. Efa sediakan resepi khas buat anda smua...







1) Secamca Kemaafan 
Wlu sbyk mna pun seseorg itu melakukan kesalahan, 
pasti ada kebaikan yg dilakukn nya. Jdi ambl lah yg +ve itu dan tgglkn la yg -ve 
spya hti kmu lembut utk memaafkn nya



2) Secubit Senyuman 
Tahukah kmu dgn hnya snyuman blh m'buatkan khdpn kmu ceria.
Ada 1 fakta m'yatakan senyuman m'buatkan kmu klihatan muda 
drpd usia sebenar


3) Setangkai keyakinan Diri
P'caya / x, tnpa keyakinan diri khdpn kmu psti hambar.
Mnakan x, tnpa kyakinan diri kmu psti jrang
ke tmpt2 awm. Sesetgh org tu, kkurangan diri sndiri
m'jdi 1 sbb m'gapa mrka kurg b'keyakinan.
Ketahui lah xda mnusia smpurna d atas mka bumi ni.


4) Segenggam Tekal dan Azam
Dgn adanya azam psti kmu akn lbh b'semngt
dlm m'jdi insan lbh t'atur dan b'matlamat.
Sesdh i2, cmpurkn tekad dlm pa jua kmu lakukn
psti azam i2 akn t'capai


5) Hormat-m'ghormati Secukup rasa
Khdpn akn m'jdi lbh manis apabila kmu
m'ghormati org d sekeliling kmu. Bek yg muda / tua.
Sesdh i2, kisarkn b'sma sifat ringan tulg dan hasilnya,
khdpn harmoni menanti





Sunday, June 19, 2011

MASIH BERGAYA DGN SEPATU RENDAH???

Keselesaan sewaktu melangkah menjadi keutamaan setiap orang. Pemilih sepatu bersesuaian penting untuk memastikan postur badan sentiasa terjaga. Kasut bertumit tinggi khususnya akan mengubah postur badan seseorang sehingga boleh menyebabkan serangan Osteoarthritis, iatu pada bahagian lutut malah terdapat banyak lagi komplikasi lain akan berlaku. Apa kata ubah penampilan anda dengan pilihan sepatu tapak rata atau flat shoe.

WARNA
Untuk memudahkan anda menyuaipadan kasut dan pakaian pilihan anda, secara asasnya, rona semulajadi menjadi taruhan terbaik. Tetapi, sesekali alami keseronokkan dengan sepatu anda apa salahnya. Cuba warna metalik seperti emas atau perak. Rona solid seperti merah, hijau atau kuning cantik digaya dengan padanan denim.

Terdapat banyak pilihan sepatu tapak rata di pasaran antaranya:

1 Kasut Kulit Tapak Rata
Kebiasaannya, kasut kulit tapak rata berwarna hitam, dan disebelahnya pula tersusun warna lain seperti coklat dan senada. Tetapi, anda perlu bijak membuat pilihan rona lain untuk kasut kulit anda. Kasut dari bahan kulit menjadi pelaburan jangka masa panjang kerana kualitinya lebih baik berbanding bahan lain. Dan,ia biasanya padan dengan setiap busana anda. Cuma... kasut kulit tapak rata tidak sesuai apabila hari hujan. Pastikan anda keringkan dahulu kasut sebelum di simpan rapi di dalam kotak.

2 Kasut Tapak Rata Baldu
Bahagian luar kasut yang lembut memberi cerminan lebih feminin dan manis kepada si pemakai. Keselesaan menyarung kasut jenis ini membuatkan si pemakai lebih berkeyakinanan dan classy. Kombinasi sepatu tapak rata baldu dengan skirt labuh atau legging menampakkan gaya elegan anda. Kasut tapak rata baldu boleh di dapati dalam pelbagai rekaan dan dihiasi perincian yang pelbagai. Pada masa sama, penjagaan juga agak rumit untuk mengelakkan kesan calar dan rosak pada baldu.

3 Kasut Tapak Rata Ballet
Kombinasi terbaik digayakan bersama dres pendek atau skirt A-line. Kasut ini membariskan pelbagai rekaan yang boleh dipadankan dengan legging, seluar kargo, skirt berpotongan pensel dan seluar berpotongan lurus. Ada juga kasut ballet direka lebih ringkas dan tampak profesional, untuk anda gayakan dengan pakaian lebih formal misalnya untuk ke pejabat.

4 Kasut Tapak Rata Lace UpKasut tapak rata jenis lace up menampakkan anda lebih maskulin. Untuk mengurangkan ilusi itu, tambahkan lace berwarna merah jambu atau warna sesuai untuk sepatu anda. Langkah anda tentulah lebih berkeyakinan dengan menyarung kasut dari jenis ini. Padanan seluar Capri, seluar pendek dan skirt paras buku lali sangat sesuai untuk anda! Penampilan anda tampak lebih sporty.

Kasut tapak rata lace up juga dikenali sebagai flat oxfords. Gaya maskulin ini mungkin boleh disembunyikan dengan beberapa tip.

PADANKAN BERSAMA SELUAR TAPERED, DENIM VV ATAU SELUAR PARAS BUKU LALI
Tonjolkan sepatumu dengan menyarung seluar denim atau legging, membangkitkan aura lebih feminin. Seluar berpotongan lebar pada bahagian hujung kaki akan menutup rekaan kasut anda.

SERLAHKAN SEDIKIT KULITMU
Flat oxfords juga ada dalam bentuk open toe. Gaya ini juga boleh menampakkan gaya anda lebih feminin.

SINGKATKAN SELUAR, DRES DAN SKIRT
Bagi anda yang rendah, pemilihan pakaian yang lebih singkat memberi ilusi anda lebih tinggi. Pada masa sama, sepatu pilihan anda juga boleh kelihatan. Pilihan warna pada sepatu juga boleh membantu memberi gambaran ketinggian anda.

Sambal Goreng Udang

Sesuai dijadikan menu makan tengah hari.

Bahan-bahan:100gm udang segar
2 biji cili merah
2 ulas bawang putih
Sos cili secukupnya
Garam secukup rasa
Minyak masak untuk menumis secukupnya

Cara memasak:

1. Bersihkan udang dan buang kepalanya.
2. Panaskan sedikit minyak masak di dalam kuali. Goreng udang sehingga masak. Angkat dan toskan.
3. Kemudian panaskan minyak masak sekali lagi. Tumis bawang putih sehingga wangi.
4. Masukkan cili merah dan kacau sehingga masak.
5. Selepas itu masukkan sos cili dan garam secukup rasa. Kacau rata sehingga sebati.
6. Masukkan udang yang digoreng tadi. Gaul rata seketika. Angkat dan sedia dihidangkan.



Selamat Mencuba.. ^^

Pesanan Untuk orang cantik

Setiap orang adalah unik. Setiap orang ada kelebihan dan kekurangannya yang tertentu. Tidak ada manusia yang sempurna kecuali Rasulullah SAW kerana baginda telah ditentukan maksum. Selebihnya tidak terkecuali daripada sifat lemah, buruk, hina, sakit dan bermacam-macam perkara lagi. Anda tidak perlu berasa susah hati lantaran gemuk, tidak menarik, terlalu rendah malah cacat. Biar bagaimana keadaan anda, anda tetap unik dan tanpa anda alam ini tidak sempurna.
Memang Allah menjadikan manusia pelbagai rupa dan gaya. Di situlah berkuasanya Allah. Dia berhak dan mampu berbuat apa saja mengikut kehendak-Nya. Kita memang tidak ada pilihan untuk mempersoalkan itu ini, mempertikai itu ini. Anda mungkin berasa rendah hati melihat kekurangan-kekurangan yang ada pada diri anda.

Nah, anggap ia satu kelebihan. Jika anda sangka anda buruk, ia satu kelebihan yang tiada pada orang cantik. Anda sangka kecantikan sentiasa membawa untung? Tidak, tidak selalunya begitu. Kadangkadang kecantikan memusnahkan. Setelah anda dikenali sebagai cantik, ketakutan anda terhadap keburukan lebih besar daripada jika anda semula jadinya buruk.
Orang cantik fobia menjadi buruk. Setiap kedutan di wajah akan dirawat dan setiap kedutan begitu menyusahkan dirinya. Saat menjadi buruk pasti tiba, bagaimanakah perasan si cantik menghadapi hari tua mereka? Bukankah rasa susah yang tiada kesudahan? Kadang-kadang seekor semut diberikan sayap oleh ALLAH supaya dia boleh terbang dan menerjah api.
Samalah halnya, kadang-kadang seseorang manusia itu diberikan kecantikan supaya dengan kecantikan itu dia boleh berbuat sebanyak-banyak mungkar untuk diberikan balasan setimpal di Akhirat. Tontonlah filem atau drama-drama di TV.
Kisah hidup orang cantik selalunya penuh duri. Jika anda buruk setidak-tidaknya anda bebas rasa riak dan takbur. Penghuni neraka kebanyakannya wanita sebagaimana disabdakan Rasullah s.a.w wanita itu tentu yang cantik tapi gagal memahami untuk apa kecantikan itu diberikan ALLAH kepadanya. Dan wanita itu tidak terkecuali juga yang buruk sebab dia berterus-terusan saja mempertikaikan kerja Tuhan.
Siapakah wanita penghuni syurga itu, barangkali yang cantik dan dia sentiasa faham kecantikan itu ukuran manusia. Cantik pada pandangan Allah adalah ketaatannya terhadap semua perintah dan larangan Allah. Barangkali juga yang buruk tapi dia faham Allah tidak memandang rupa paras tapi apa yang ada di dalam hatinya.
Wahai orang cantik, orang buruk, orang rendah, orang cacat, semuanya itu hanyalah ukuran manusia dan ukuran manusia selalunya sasar. Hargai diri anda sebab kewujudan anda membuktikan kekuasaan Allah!

Sunday, June 12, 2011

Smoga cpt smbuh...

Assalamualaikum.... 
Efa rasa sdih sgt2 cuz dpt tau kwn efa, Erin msuk hospital... 
Dia sakt pa pun efa xtau, xda plk dia bg kbr kat efa.. 
Sdih la, kwn sakt tpi kta xtau plk. 
Bla bca wall dia bru tau yg dia sakt.. 
ptt la lma xon9... 
Hrp2, sakt dia xtruk la
Smoga Allah smbuhkn dia...
AMIN!!!!!

To my lovely fren Erin Fazreena
 Smoga cpt smbuh.
Luv u so much my fren.. <3 <3 <3 <3 <3 (^_^)



Wednesday, June 8, 2011

Amalan Pembuka Rezeki

Sprti mana yg kita ketahui, amalan2 yg d anjurkn dlm Islam mempunyai kelebihannya yg t'sendri, maka x hairanlah ia m'jadi sbb Allah melimpahi hamba-Nya dgn keluasan rezeki. B'dsrkan konsep rzki dlm pelbagai bntuk yg blh m'jdi punca kebaikan dunia n akhirat. Antaranya:

1) Menyempatkan diri beribadah 
* Allah x sia2 kn pengabdian diri hamba-Nya, sprti firman-Nya: "Wahai ank Adam, sempatkanlah utk menyembah ku maka Aku akn mbuat hati mu kaya n mnutup kefakiranmu. Jika x melakukannya maka Aku akn penuhi tgn mu dgn kesibukan n Aku x menutup kefakiran mu," (Riwayat Ahmad Tirmizi, Ibnu Majah n al-Hakim dri Abu Hurairah r.a)

2) kekal Bwuduk 
* Seorg Arab desa menemui Rasulullah n meminta pedoman m'genai beberapa p'kara t'masuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah. Baginda b'sabda: "sentiasa la berada dlm keadaan bersih (dari hadas), nescaya Allah akan memurahkn rezeki," (Diriwayatkan drpd sayidina Khalid al-Walid)

3) Tinggalkan p'buatan dosa 
* Istighfar x laku d sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bkn sja m'buat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi S.A.W: ".... n seorg lelaki akn diharamkan baginya rezeki krna dosa yg dibuatnya." (Riwayat Al-Tirmizi)

4) B'buat baik n menolong org yg lemah 
* B'buat baik kpd org yg lemah ini t'masuk la m'gembirakan n meraikan org tua, org sakit, anak yatim n fakir miskin jgk isteri n anak2 yg msh kecil. Sabda Nabi: "Xla kamu diberi p'tolongan n diberi rezeki melainkan krana oth2 lemah d kalangan kami," (Riwayat Bukhari)

5) M'perbykkan beristighfar 
* Istighfar adalah rintihan n pengakuan dosa seorg hamba di depan Allah, yg m'jdi sbb Allah jatuh kasih dan kasihan pda hamba-Nya lalu Dia b'kenan mlapangkan jiwa n kehidupan si hamba. Sabda Nabi SAW: "barang siapa m'perbyk istighfar maka Allah akn mghapuskan segala kedukaan nya, m'yelesaikan segala masalah nya n m'berikan nya rezeki drpd arah yg x di sangka," (Riwayat Ahmad, Abu daud, an-Nasa'i, Ibnu majah n al-hakim dri Abdullah bin Abbas r.a)

dan yg t'akhir

6) M'gamalkan zikir n bacaan ayat Quran t'tentu
* Zikir drpd ayat2 al-Quran / asma'ul husna selain menenangkan, m'jernihkan n melunakkan hti, ia m'gandungi fadilat khusus utk keluasan ilmu, t'bukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman n dialapangkan rezeki. Misalnya, 2 ayat t'akhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca scra konsisten 7x setiap kali lps solat, dikatakan blh m'jdi sbb Allah lapangkan khdupan n murahkan rezeki.

Jadi sahabt, renung2 kn la... (^_^) 

Birthday Celebration

Lma dah x update blog... busy ckit la keblkgn ni... Kli ni bru ada ksempatan nak uodate...
Em.. kli ni nak posting psl birthday celebration plk... Bru2 ni, efa ada buat besday celebration dgn kwn2..
Nak tgk pic kita org x..... hehehe.. ni dia :






hehe.. lawa kn pic ni.. semnagat btl kwn2 efa mkn.. mklum la mkn kfc 2.. huhuhuu. Sdp sgguh rsa nya. Sdp hhga m'jilat jari la... hehehe. Kta org celebrate birthday kat KFC.... Actually, kta org celebrate birthday b'3 sebenar nya.. not me alone.. hehhehe tpi dlm pic mcm birthday me sorg kn??? hehe. Yg smbut birthday ni adalah Efa, Erin n Dafi. Kta org lahir pda bln yg sma iaitu MEI... cma hri je b'beza. Efa pda 20 hri bln, Erin 23 n Dafi plk 24... hehe. Nice kn... 3 sekwn celebrate birthday sma2. Mmg best sgt2 la time ni. happening giler... lawak la mmg. Slh 1 memory yg xkn d lupakan la...
meh tgk lgi pic2 yg d ambl... hehehe 




Ni la dia wajah2 yg celebrate birthday... Yg llaki 2.. Dafi, Aku n tepi 2 adalah Erin.. Sweet kn.. hehehe. Sya cyg korg b'2 fren... Fren 4 ever...








 mereka smua ni merupakan insan2 yg menyuapkan aku kek hri jdi.. hahahaha. Sweet la.. hehehehe. Thnks gurl... Erin, Eda n Mas.. Luv u all fren... <3



 Nice posing genk... hehehe <3 Erin, Eda n mas

 Bla dah selesai celebrate... kita org pun jln2 la round bndr dulu b4 blk rmh.. hehehehe. Pic ni sja2 je d ambl.. utk kenangan buat kmi....

 anyway, thnk a lot to all my fren cuz make our celebration hapy n fun. Luv u all.... =)










Monday, May 16, 2011

Motivasi untuk Pelajar...



Kecemerlangan yang hakiki adalah memasuki syurga yang disediakan Allah. Kecemerlangan di dunia hanya bermakna apabila ia menjadi alat bagi mencapai kecemerlangan di akhirat.

Kita kini berada dalam tahun 2011 Masihi. Tahun 2010 baru sahaja kita tinggalkan dengan penuh kenangan. Sama ada pahit ataupun manis. 12 bulan yang dilalui terasa begitu pantas berlalu.

Liku-liku hidup yang ditempuh mematangkan diri. Suka duka tabah diharungi. Perjuangan hidup kita perlu diteruskan dengan keyakinan dan ketabahan. Kedatangan tahun baharu juga bererti bertambahnya usia kita. Namun begitu, adakah dengan meningkatnya usia kita akan lebih matang dalam tindak tanduk kita? Itulah yang harus kita fikirkan.

Dalam meniti usia remaja, seseorang pelajar itu perlu ada wawasan diri bagi mencapai kecemerlangan sama ada dalam hidup ataupun dalam pelajaran. Mereka perlu ada prinsip yang digenggam kukuh dan tidak mudah goyah ditiup angin. Mereka tidak mudah dipengaruhi oleh mana-mana anasir yang akan melalaikan.


Mencari Erti Kecemerlangan


Sebagai remaja yang berwawasan kita tentu mendambakan kecemerlangan. Masing-masing berlumba-lumba mencari kecemerlangan. Kecemerlangan menjadi cita-cita dan impian setiap insan.
Dalam buku berjudul Tip-tip Cemerlang Daripada Al-Quran, Dr Danial Zainal Abidin ada mengupas beberapa aspek tentang kecemerlangan. Kecemerlangan yang hakiki adalah memasuki syurga yang disediakan Allah.

Kecemerlangan di dunia hanya bermakna apabila ia menjadi alat bagi mencapai kecemerlangan di akhirat. Imam al Ghazali di dalam karya agungnya Ihya Ulumiddin dalam bab Syukur ada menyentuh berkenaan kecemerlangan kemuncak di akhirat. “Ciri-ciri kebahagiaan di akhirat yang tidak ada di dunia boleh dibahagikan kepada empat. Pertama, keadaannya kekal abadi. Kedua, kegembiraannya berkekalan. Ketiga, tidak wujud lagi kejahilan selepas itu. Keempat, tidak wujud lagi kemiskinan selepas itu.


Cemerlang dengan menjadi Global Champion


Global Champion dapat diertikan sebagai jaguh global. Ia bermaksud seseorang itu perlu mempengaruhi dan memimpin dunia berdasarkan kebenaran, serta contoh yang baik bagi golongan lain. Bagi seorang yang beragama Islam, mereka perlu terlebih dahulu memahami Islam dan berasa mulia dan ajarannya. Antara ciri-ciri yang diperlukan untuk menjadi global champion ialah berfikir seperti pemimpin, perkongsian nilai yakni amanah, memberi fokus kepada inovasi, kajian dan pembangunan, mementingkan kualiti, tidak berasa inferior atau rendah diri dan mampu bekerjasama.

Cemerlang dengan Iman & Takwa
Kecemerlangan bermula dari dalam. Ledakan iman dan takwa mampu mengubah dunia dan seisinya. Mereka yang bertakwa akan diilhamkan dengan petunjuk. Berpandukan petunjuk, mereka mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi. Lebih daripada itu, takwa juga memurahkan rezeki di dunia.

Cemerlang dengan Ilmu serta Hikmat
Kesempurnaan iman dan takwa tidak akan tercapai tanpa ilmu dan hikmat. Malah ilmu dan hikmat adalah pintu gerbang kepada segala kebaikan dan kecemerlangan. Potensi yang ada pada manusia hanya bersinar selepas digosok dengan ilmu. Menurut Imam hadis, Bukhari dan Muslim, “Manusia ibarat lombong emas dan perak. Mereka yang baik pada masa jahiliah akan menjadi baik dalam Islam apabila mereka mempunyai kefahaman yang mantap.”

Kahwin Muda, antara risiko dan tanggungjawabnya


Hah,,,, kali ni efa nak cerita tentang khawin muda pulak... hehehehe. Ramai dah kawan2 efa khawin muda... dah jodoh dorang kan... Hopely dorh bahagia la. Post efa kali ni boleh dijadikan ilmu n juga pengetahuan am untuk kita semua... efa ada terbaca kisah ni kat dalam majalah.. so efa ingat nak share la dengan korang semua.....



Kalau dahulu, zaman ayah dan ibu kita berkahwin awal atau di usia muda memang digalakkan. Malah kebanyakan jodoh dicari oleh ibu bapa. Matlamatnya adalah untuk mematangkan anak mereka supaya belajar hidup berdikari dan mempunyai tanggungjawab dalam menangani rumah tangga. Namun seiring dengan perubahan masa, cabaran juga berbeza. Pun begitu, masih ada trend pasangan muda berkahwin awal. Itu bagus, sekurang-kurangnya dapat mengelakkan daripada melakukan perkara yang tidak baik. Hakikatnya, adakah berkahwin muda itu menjamin kerukunan rumah tangga sepanjang hayat? atau pun berisiko besar menggugat keharmonian rumah tangga, lantaran masih mentah dan kurang ilmu keibubapaan yang akhirnya membawa kepada penceraian?

Rencana kali ini rasanya cukup relevan untuk diketengahkan bahkan pula, isu sekarang ini ramai pasangan muda berkahwin awal. Untuk mengupas isu ini dengan lebih jelas, Dara.com cuba meminta pandangan dan pendapat dua orang pakar motivasi iaitu Dr Rubiah Hamzah dan juga Pof.Dr Rozieta Shaary , pakar Pembangunan Modal Insan.

Tidak salah asalkan cukup persediaan
Menurut Dr Rubiah, jodoh pertemuan itu adalah ketentuan Allah. Manusia hanya mampu merancang sedangkan Allah jua yang menentukan perjalanan hidup kita. Jika sudah ditentukan kita berkahwin dalam usia yang muda, mungkin itulah yang terbaik Allah ingin berikan kepada hamba-Nya yang terpilih. Katanya lagi kebanyakan ibu bapa dan remaja itu sendiri menganggap berkahwin dalam usia yang muda akan menghadapi banyak masalah. Mungkin mereka memikirkan belum mantap dari segi kerjaya mahupun ekonomi. Lantaran itu kekangan kewangan sering dijadikan isu.

“Apabila menyebut soal perkahwinan, apa yang pasti ia adalah satu sunnah yang perlu kita ikut apabila cukup syaratsyaratnya. Jadi mengapa perlu menidakkannya? Perkahwinan adalah sesuatu yang indah, ibarat syurga di dunia jika kita bijak melayari bahtera perkahwinan. Oleh sebab itu sebelum benar-benar bersedia untuk berkahwin perlu ketahui keperluan dan persediaan mental dan fizikal.

“Hakikatnya perkahwinan pada usia muda bukanlah sesuatu yang mustahil, asalkan seseorang itu sanggup serta ikhlas memikul peranan dan tanggungjawab yang telah sedia ada. Tidak ada masalahnya perkahwinan yang dibina oleh pasangan yang sama-sama muda. Apa yang penting ialah bagaimana kita mengendalikan kehidupan berumah tangga itu sendiri. Apa pun, semuanya terpulang kepada pasangan masing-masing. Realitinya kehidupan sebelum dan selepas berkahwin adalah berbeza,” katanya.

Kelebihan kahwin muda
Jelasnya lagi, perkahwinan pada usia muda ada banyak kelebihannya. Antaranya apabila usia semakin bertambah, anak-anak juga semakin membesar. Sekurang-kurangnya pada masa itu, tenaga masih kuat serta ekonomi juga sudah kukuh. Malah pada usia muda, pasangan suami isteri sudah mula memikirkan tentang masa depan dan hala tuju kehidupan berkeluarga.

“Ada yang beranggapan berkahwin di usia muda rugi sebab tidak puas Berseronok. Apa pun, bagi saya kebebasan itu tidak bermakna sekiranya usia muda itu tidak dipergunakan sebaik mungkin ke arah yang membawa kepada manfaat.

“Malah aspek kematangan tidak 100 peratus terletak pada usia seseorang. Apabila seseorang itu tahu tanggungjawab masing-masing, insya-Allah kematangan fikiran mereka akan hadir dengan sendiri,” tuturnya. Lantaran itu nasihat Dr Rubiah, aspek ekonomi, kesabaran, persediaan psikologi dan kenali pasangan adalah antara persediaan yang perlu ada dalam mengharungi pelbagai cabaran alam rumah tangga.

Sikap pembimbing keluarga
Ditanya tentang segelintir perkahwinan yang melibatkan remaja bawah umur, jelas Dr Rubiah antara punca berlakunya kahwin bawah umur ialah hilang minat belajar dan mendapat bakal suami yang mampu menyara kehidupan mereka. Ramai remaja perempuan yang tidak meneruskan persekolahan memilih untuk berkahwin dan ia dipersetujui oleh ibu bapa.

Selain itu, remaja yang berasal dari kampung dan tinggal di kawasan pedalaman serta kurang pendedahan kepada kepentingan pendidikan turut menyumbang kepada perkahwinan bawah umur ini. Pada mereka perkahwinan adalah jalan untuk menyelamatkan mereka daripada masalah sedangkan cabaran pada masa hadapan memerlukan masyarakat yang celik ilmu.

“Oleh sebab itu yang berkahwin bawah umur adalah remaja perempuan, maka suami harus bertanggungjawab membimbing isteri dalam menguruskan rumah tangga. Kita kena ingat, dalam usia yang muda, mereka belum mempunyai pengalaman yang cukup dan kematangan sebagai seorang isteri. Adalah penting suami memainkan peranan sebagai pembimbing keluarga,” ujarnya.

Dah habis baca kan??? So,,, pa komen korang pasal post ni??????  

Cantik dan Sihat dengan ciptaan Allah



Mengelakkan rambut gugur
Miliki masalah rambut? Adakah rambut anda gugur, bercabang atau diserang kelemumur? Hakikatnya terdapat pelbagai jenis masalah rambut. Oleh itu, Dara.com memberikan beberapa kaedah atau petua tradisional untuk diamalkan. Zaman ini, remaja begitu gemar pergi ke salun rambut dan membuat rawatan stim, antara yang paling popular adalah kaedah meluruskan rambut (rebonding). Kecantikan yang anda miliki ini hanyalah bersifat sementara, akhirnya anda bakal memiliki rambut yang rosak. Tetapi dengan kaedah rawatan rambut secara tradisional, anda juga mampu memiliki rambut yang sihat dan sempurna. Oleh itu, Dara.com cuba memberikan beberapa petua tradisional yang lebih asli dan tiada kesan sampingan.

Campurkan air asam jawa dan santan ke dalam sebuah bekas. Masukkan beberapa kuntum bunga kenanga atau bunga-bunga yang wangi. Basuh rambut menggunakan campuran tersebut. Rambut akan berbau harum tanpa di syampu.

Masalah rambut kering
Rawatan minyak panas amat sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah ini. Caranya ialah panaskan minyak (minyak sayuran) kemudian lumurkan pada rambut menggunakan jari. Kemudian tekupkan kepala dengan tuala yang diwapkan. Biarkan dalam 20 minit dan bersihkan.

Rambut berminyak
Campurkan syampu bersama kuning telur di dalam semangkuk air suam dan cucilah rambut seperti biasa. Lakukannya dua kali dalam seminggu. Insya-Allah masalah rambut minyak akan dapat diatasi.


Monday, May 2, 2011

Lelaki Masak Tak Cool?????



Lelaki kini sudah tidak betah ke dapur. Bahkan ada yang lebih pakar berbanding wanita dalam bidang masakan. Ada umphh..
Eh lelaki memasak? Bukan ke lelaki lebih sinonim dengan makan di luar. Tak kan nak memasak pula. Kata orang mana cool lelaki memasak. Makan di kedai kan lebih cepat dan menjimatkan masa. Lagi pula, apa sangat la yang lelaki tahu tentang masakan.
Sinonim seorang lelaki, hanya tahu bertanya bila makanan dah sedia. Paling kurang, hendak tahu menu apa yang ada. Jarang rasanya lelaki akan masuk ke dapur untuk menolong menyediakan makanan. Apatah lagi hendak memasak.
Ada juga yang memandang serong apabila seorang lelaki berkebolehan dalam masakan. Jika lelaki bujang, ada yang cuba melihat apakah mereka itu lelaki lembut. Andai sudah berkeluarga, pandangan nakal mungkin menyusul bahawa barangkali mereka takut bini!
Benarkah begitu? Jika dilihat fenomena di restoran atau kedai makan, biasanya tukang masaknya adalah lelaki. Malah rancangan-rancangan masakan di kaca televisyen pula sering menampilkan chef dalam kalangan lelaki. Tak cool?
Pandangan bahawa hanya kaum wanita tahu memasak barangkali telah lapuk. Lelaki kini sudah tidak betah ke dapur. Bahkan ada yang lebih pakar berbanding wanita dalam bidang masakan. Ada umphh..
Kalau dulu-dulu, antara kriteria calon isteri disarankan orang tua adalah memilih anak gadis yang pandai memasak. Kata mereka, kerana masakanlah hati suami tertambat di rumah. Hingga tidak lagi terliur masakan di luar.
Namun, kalau lelaki yang pandai memasak, bukankah itu satu bonus buat kaum wanita? Situasi sekarang sudah berubah. Isteri turut sama membanting tulang keluar mencari rezeki. Kadang-kadang tidak punya kesempatan untuk menyediakan makanan di rumah.
Di sinilah untungnya wanita bersuamikan lelaki yang pandai memasak. Andai punya ruang terluang lelaki yang boleh membantu mengambil alih tugas isterinya di dapur. Belum lagi ketika isterinya berpantang setelah bersalin. Sekurang - kurangnya ringan tanggungjawab isteri.
Cuba bayangkan keadaan begini. Seorang lelaki yang punya jawatan besar di syarikatnya pulang ke rumah namun tidak lokek untuk memasak bersama isteri. Bayangkan dengan masih memakai baju kerjanya siang tadi, seluar belum bertukar, tetapi menyinsing lengan memotong bawang. Barulah cool.
Memasak sama tanggungjawabnya dengan mengemaskan rumah, menjahit serta menyediakan pakaian anak bagi seorang lelaki. Membayangkan bahawa tiada ego yang tersimpan dalam hati seorang lelaki untuk membantu wanita bergelar isterinya.

* Alangkah best nya dpt bakal suami yg pndai masak kn????? 

Apakah Ciri-ciri Wanita Syurga??


1. Bertakwa.

2. Beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, hari kiamat, dan beriman kepada takdir yang baik mahupun yang buruk.

3. Bersaksi bahawa tiada yang berhak disembah kecuali Allah, bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya, mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa bulan Ramadan, dan menunaikan haji bagi yang mampu.

4. Ihsan, iaitu beribadah kepada Allah seakan-akan melihat Allah, jika dia tidak dapat melihat Allah, dia mengetahui bahawa Allah melihat dirinya.

5. Ikhlas beribadah semata-mata kepada Allah, tawakal kepada Allah, mencintai Allah dan Rasul-Nya, takut terhadap azab Allah, mengharap rahmat Allah, bertaubat kepada-Nya dan bersabar atas segala takdir Allah serta mensyukuri segala kenikmatan yang diberikan kepadanya.

6. Gemar membaca al-Quran dan berusaha memahaminya, berzikir mengingati Allah ketika sendiri atau bersama orang dan sentiasa berdoa kepada Allah.

7. Menghidupkan amar makruf dan nahi mungkar pada keluarga dan masyarakat.

8. Berbuat baik (ihsan) kepada tetangga, anak yatim, fakir miskin, dan seluruh makhluk, serta berbuat baik terhadap haiwan ternakan yang dimiliki.

9. Menyambung tali persaudaraan terhadap orang yang memutuskannya, memberi kepada orang, menahan pemberian kepada dirinya, dan memaafkan orang yang menzaliminya.

10. Adil dalam segala perkara dan bersikap adil terhadap seluruh makhluk.

11. Menjaga lisannya daripada perkataan dusta, saksi palsu dan menceritakan kejelekan orang lain (ghibah).

12. Menepati janji dan amanah yang diberikan kepadanya.

13. Berbakti kepada kedua-dua orang tua.

14. Menyambung silaturahim dengan keluarganya, sahabat terdekat dan jauh.


* Adakah ciri2 ini berada dlm diri anda???? renung2 kn la....

Wednesday, April 20, 2011

Fesyen Muslimah

1. Gaya feminine muslimah. Kini, si gadis tidak perlu bimbang untuk bergaya. Fesyen terkini yang lebih feminin tetapi masih menerapkan ciri-ciri muslimah memberi inspirasi kepada anda untuk tampil lebih hebat dan berkeyakinan.


2. Semarak cinta sayang. Sesekali dapat bersantai di kawasan resort memang mengasyikkan. Ketenangan dan kehijauan saling menyatu. Tidak lengkap rasanya percutian indah ini jika tidak diserikan dengan penggayaan terkini dari busana MissLily Shop.


3. Fenomena dres & cardigan bangkit aura si gadis! Siapa kata gadis bertudung fesyennya terhad? Semuanya harus seperti dahulu kala, sinonim dengan gaya bertudung dan berbaju kurung.






4. Tip Fesyen, Cantiknya tudung bergaris & berbunga. Tudung atau hijab merupakan satu daripada syarat-syarat pemakaian yang telah ditetapkan oleh syarak. Hijab yang merangkumi bahagian kepala atau lebih lengkap iaitu menutupi bahagian rambut, tengkuk sehingga ke bahagian dada adalah wajib bagi setiap wanita Muslimah.



3 tips shortcut utk solekan...



Wajah seseorang akan menjadi lengkap dan menarik jika dirias dengan solekan walaupun sedikit. Namun, masa merupakan perkara utama yang menjadi penghalang kepada seseorang untuk berhias. Semua orang beranggapan, untuk menghias wajah memerlukan satu jangka masa yang panjang dan lama. Tetapi sebenarnya, anda hanya memerlukan lebih kurang 10 minit sahaja untuk lengkapkan wajah anda itu. Tidak percaya? Ikuti artikel di bawah.

Mata

1. Pensel kening atau eyebrow.
Eyebrow sebenarnya penting untuk mengubah penampilan pada wajah anda. Tidak perlu sehingga mencukur atau membuang kening untuk mendapatkan kening yang cantik. Anda boleh bentukkan menggunakan eyebrow yang sesuai warnanya dengan kulit wajah anda. Untuk langkah berjaga-jaga, pilih eyebrow berwarna coklat gelap atau terang. Lukis dan bentuk dengan kadar sederhana dan tipis. Berbeza pula jika kening anda semulajadi nipis, anda boleh melukisnya dengan lebih tebal dan sesuai.

2. Pensel mata atau eyeliner.
Eyeliner mampu member ilusi mata yang besar atau membentuk mata mengikut kehendak anda. Anda juga boleh memilih solekan mata mengikut situasi yang akan anda hadiri. Untuk ke majlis makan malam, anda boleh mengenakan solekan lebih galak dan tebal pada bahagian atas dan bawah mata anda. Untuk solekan formal, temuduga atau ke kelas, cukup jika anda melukis secara sederhana pada bahagian atas mata sahaja.

3. Maskara.
Antara fungsi maskara adalah untuk melentik dan memanjangkan bulu mata. Selain itu, maskara juga akan menjadikan mata anda kelihatan lebih besar dan jelas jika digabungkan dengan solekan eyeliner. Anda juga boleh memilih sapuan mascara lengkap untuk bahagian atas dan bawah mata atau pada bahagian atas mata sahaja. Maskara adalah pelengkap untuk kecantikan pada bahagian mata anda.

Thursday, April 14, 2011

* M,cari Kecantikan yg Sempurna *


Smua org mhu nmpk cntk. Apath lgi bgi golongn remaja.Cntk d aggp tiket utama spya mrka d terima oleh kwn2. Selain cntk, ada perkara lain yg lbh utama. 
Sihat sllu diandaikn pda dlaman, sprti mental yg stabil & jauh drpd pnyakit yg nmpk & x nmpk. Cntk plk kerap d letakkn pda fizikal sprti wajah & tubuh yg mjdi idman ramai. Memiliki kedua2 nya pda diri adalah suatu pakej yg melgkapkn lgi khidupn manusia. Ingin klihatan cntk dan sihat dan berusaha mdptknnya, bknla slh dri segi Islam. Malah i2 mmg d galakkn krna umat Islam yg cntk & shat secara tdk lgsg akn m'gangkt imej & martabt Islam. Shat n cntk mmg d tuntut. Rasulullah sndiri individu yg sgt p'brsih, kmas n sdap mata mmandg. Rasulullah pnh mgmbrkn kcntikn agma Islam dlm hadis, "Sesungguhnya Allah i2 cntk n Allah skakn kecntikan." (Riwayat Muslim & Tarmizi). Sygnya, dlm mmnuhi kperluan utk tmpil cntk n shat, ramai org keliru krna kbnykkn nya mhu jln pints. Berikut antara batas dan tip yg p'lu kta ketahui: 

1)Hindari produk yg ada elemen najis & kotor
utk cntk dan shat, ada yg sggp b'habisn m'yuntik bhn t'larang ke tbuh. Hti2 krna x smua slaras dgn syarak. Suntikan Botulinum Toxin Type A (BOTOX) umpamanya tlh d putuskn oleh fatwa kebgsaan hal ehwal agma Islam M'sia sbgi HARAM krna d dpti m'gndungi bhan meragukn & b'sifat najis, antaranya bhan drpd babi & bhan tiruan m,mudartkn. 

2)Dilrang m'gubah ciptaan Allah krna mahu cntk sprti b'tatu n ckur kening
M'gubah cptaan Allah b'mksd m,nukar cptaan Allah yg tlh smpurna pda pndgn umum krna x b'puas hti dgn anugerah i2 bkn krna m'perbaiki / mmulihkn kcacatn. Mcbut bulu kning n m'buat bulu kening bru bgi mnepati cita rsa sndiri d aggp hram. Jika bulu kning tumbuh bselerak n x kmas d bnarkn utk mcbut nya skadar utk mjga kkemasn dri. Smentra i2, mlukis tatu pda aggota tbuh d hramkn krna d aggp m'yksa n m'ykiti bdn dgn mnusuk jarum pda tbuh. Lgpun b'tatu adlh AMALAN ORG ARB JAHILIAH. Rasulullah b'sbda, "Allah mlaknati prmpuan yg b'tatu / mnta d buat tatu, yg m,ckur kning mrka agr klihtn cntk n mrka yg m'gubah cptaan Allah".(Hadis Thabrani n Ibnu Mas'ud) 

3)Pembedahan Kosmetik 
P'bedahan kosmetik utk tjuan cntk smata2 amt d laknati Allah jgk rasul krna p'buatan ini d aggp m'gubah cptaan Allah tnpa alasan yg mgharuskn nya. Bgimanapun kata Syeikh Dr Yusuf al-Qaradawi, "Jika ada kcacatan yg m'jijikkn pndgn, sprti tumbuh dging tmbahan yg blh mnimbulkn sakit jiwa n perasaan, maka x b'dosa b'ubat utk mghilangkn kcacatn / ksakitn yg blh m,gancam hdp nya krna Allah x m,jdikn agama buat kta dgn pnuh kesukaran," (Al-Halal wal haram Fil Islam) 

4)Amalan memakai susuk
B'susuk biasanya mlibatkn sihir n Rasulullah menilai sihir sbgi slh 1 dosa bsar yg blh mghancurkn umat n mrendahkn drjat si pelakunya. Rasulullah b'sbda, "Jauhi 7 p,kra bsr yg mrosakkn. Shabat b,tnya: apakh 7 p,kra i2, ya Rasulullah? jawab Rasulullah, (1) m'yekutukn Allah, (2) sihir, (3) m'bunuh jiwa mnusia dgn cra haram kcuali krana hak, (4) mkn harta riba, (5) mkn hrta ank yatim, (6) lari dri peperangn n (7) mnuduh prmpuan baik, tjaga aurat dan beriman," (Riwayat Bukhari n Muslim). Ada ahli fikah b,pndpt, sihir b'erti kufur / m,bwa kekufurn. Ada b,pndpt, ahli sihir wajid d bnuh dmi melindungi msyarakat. Al-Quran jgk m,gajar kta spya b,lindung kpd Allah drpd kejahatan tukg sihir melalui firman-Nya, "(Dan aku blindung diri) dri kejahatan tukg meniup simpul," (Surah al-Falaq: 4)

5) M'yambung rmbut dgn rmbut, sma ada rmbut yg jdi smbungn i2 adalah rmbut asli / plsu
Sayidatina Aisyah meriwayatkn, "Seorg prmpuan Ansar yg tlh b'khwin jtuh sakit shingga ggur rmbutnya. Keluarganya ingin m'ymbung rmbut nya n b,tnya p,dpt Nabi. Kata Nabi, Allah melaknati prmpuan yg m'ymbung rmbut n yg minta d smbung rmbutnya. (Hadis riwayat Bukhari). Diri kita adalah hak mutlak Allah n kta wajar m,jga amanah ini sebaik2 nya. Jika mhu cntk n shat, biarlah selari dgn khndak syarak. Yg x kurg pnting, andai ingn tmpil cntk, biarlah kta pnya ilmu p,getahuan n x smbarang m,yerahkan diri kpd produk / amalan yg blh m,bwa kpd kmurkaan Allah. 

6)Cantik luar n dalam mesti seiring 
Sekadar cntk fizikal blm memadai krna kta jgk msti memliki kcntikkan dalaman. X ckup stakat muka jelita, kacak, tubuh sasa / mnarik ttpi jika b'perangai m,jelikkn, m,yakitkn hti org lain n hati pnuh hasad dgki x t,golong sbgi cntk. Sebaik2 nya, cntkkn la pribadi kta dhulu dgn sifat murni krna apabila pribadi cntk, maka dgn sndiri akn m,yerlahkn kecntikkn i2 pda fzikal. Dgn ini kecantikkn akn lbh sempurna n b,makna.  

Wednesday, April 6, 2011

^ BukiT TengKorak ^ 0_0

time kta org pi smporna 2 smpt jgk la sggh d bukit tgkork.. hehehe. 1st time nek bukit 2.. tggi jgk la.. pnat den nak nek tgga 2.. tggi jgk bukit 2... semput tgh jln.. hahaha. tpi pemandangn kat bukit 2 mmg cntk..blh tgk 1 semporna.. cayala.... hahahaha....


ni plk pintu mau nek tgga pi daki bukit... hehehe.... sblm nek ambl gmbr dulu... hehehe.... 



tgh rht2 kjp ni.. pnt nek tgga ni.. mklumkn la tggi kn bukit 2. so rest jap dlu then take a picture... huhuhuhuu



ha, slps pnat nek ank tgga ni, akhr nya smpi jgk. Alhamdulillah, wlupun pnat tpi best la coz dpt tgk pmandngn yg cntk2 tau.. tnang fkrn kta tgk alam sekitar ni tau... hehehe


JaLan2 rOuND TawaU & SeMPoRnA

Kali ni story mory psl jln2 plk.. bru2 ni fmly srwk aku dtg g sabah ni. Jln2 la konon. Dorrg x pnh lgi dtg pi Sabah ni.. 1st time la ni.. So, kmi 1 fmily pun bwa la dorg jln2 d sekitar twu n semporna ni.... Xbyk tmpt kita org bwa cuz dorg xlama kat cni.. just 1 week je.. Singkat kn!!






ni smua pic msa pegi Semporna.. sbnr nya ada byk lgi.. klu nak tgk lgi,,, tgk kat fb jak... hehehe.. Pic ni smua d ambl kat Tampi2 n Dragon Inn Floating. fmily aku yg dtg ni just my grandparents, ,mak Lc, adik dia, akk mak aku n ank buah ku..renie... just 7 org jak tpi pnuh jgk la rmh.. besala ddk rmh krjaan ni kcil jak x mcm rmh sndiri.... hehehehe. hrp2 mrka smua gmbra la dgn vacation dorg kat sbh ni. ialah wlupun x sbrpa tpi at least dpt bwa dorg jln2.... em... pa2 pun hapy la cuz akhrnya dorg dtg jgk kat sbh ni n dpt tgk tmpt2 kat cni....

Wednesday, March 23, 2011

Keliru.....

Bingung nya bla nak fkr mana nak smbg stdy n plih coz pa... eeerrrrkkk!!! pning2.. nak ikut hti / ikut keadaan.. org kta bek ikut keadaan... aku pun rasa mcm 2 jgk.. tpi  klu ikut keadaan aku tpksa buat smethng yg aku xska... tpi blh buat parents aku ska... hei.. kna b'korban la klu mcm 2...xska, xska, xska!!!! geram nya.. knpa la jdi mcm ni??? mybe slh aku kot.. mls sgt... hahahaha . pdn muka... bru tau.. xpala... fkr2 kn dlu... msa msh ada lgi.... it's up to me to mke a decision... ^^

Sunday, March 6, 2011

STPM????? oo my god...

Huhuhuhu... lma x update blog ni... lps siap hri 2... trs d biarkn kn jak.. xda update... soryla... busy keblkngn ni.. byk hal nak urus.... huhuhu.... em.. pa ya nak celoteh ni???????? ha.... psl stpm ku la... mst korg dah tau kn result stpm dah kluar 21 feb lps.. dah lma dah.. em... mst rmi yg happy dgn result korg kn... tpi x dgn aku... bkn aku x bsyukur aku dpt result mcm 2.. bs'yukur cma x puas hti jak... cuz pluang aku utk mhon kos yg aku minat 2 kureng cikit.. tpi pluang 2 ttap ada la... kwn2 ckp result aku ok la.. tpi bg aku.. blh la.. ckup2 mkn utk pi U... em.... mcm org x bsyukr jak aku ni kn???? hahaha... pa la... aku bsyukur ba... cuz time sklh dlu... x pnh aku dpt mcm 2... hahahahaha.... truk2 smua pointr ku time sklh dlu... huhuhuhuhu... so xda kes la klu aku mau mrungut kn????? ehhhmmmmmmmmmmmmmmmmmm... ?????? ^^

Thursday, February 3, 2011

Knali Aku.. Misz Blue 205

Nama aku..Noor Efaziela.. blh call me "efa"...cita psl diriku??? em....... pa ya??? ha.. nak tau psl aku ka??? hehehehehe... Aku story ek... aku ni jns yg mcmna ek???? oo ya.. Actually.. klu org xknl aku.. org akn ckp aku ni smbong, ska mrh2 n moody... knpa blh mcm 2??? cuz memek mka aku yg smula jdi yg buat org ingt aku ni smbong n moody. psl mrh2 2 plk.. aku mmg ska mrh2 pun... huhuhuu. klu ada org buat aku mrh, aku mrh la. klu x, xla aku mrh.. aku snyum jak... hehehehe. bla aku mrh.. jaga2 la ya...hahaha. Bom akn mletup. 1 tmpt tu blh dgr suara aku.. tpi klu nak be fren with me... dont wory la cuz aku ni jnis yg sporting, giler2 n understndg fren..... hehehe. Org sllu ingt aku ni kira alim la g2... tpi sbnr nya xpun... kdg2 dorg pggl aku ustzah..ahahaa.. aku jdi ustazah.. rosak ank didikn bgsa nnt. hehehe. bkn nya pa ialah.. aku ni cma mnusia besa jak pun... cma aku manfaat kn la ilmu n ajrn agma yg aku d berikan dri kcil lgi... Aku ska colour blue n white.. klu wrna ni d gndingkn..mmg cntk..cuz putih match dgn mna2 wrna, biru plk mlambgkn peace / kedmaian....huhuhuhu. I like it!!!!! i like shooping, fashion, eating n sleepg....huhuhuu. Nak tau x sapa artis yg aku mnat.. n jdi aspire aku..huhuhu. Jwpn nya Heliza Helmi.. aku minat sgt dgn dia.. hehehehehehe... korg plk mcmna??? pa cita ttg self korg.. share la... huhuhuhuuhu

Cita masa kini... huhuhuhuhu

Em..... skrg dah bln 2... dah hmpr 2 bln aku tgglkn zman psekolahan. Rasa rndu plk la dgn kwn2 n suasana sklh... gna tdung biru, bju n skirt putih...hehehe. then ikut praturan sklh... jdi mcm budak2... hahaha. tpi pejam clik, pejam clik... thn ni umr aku dah 20 thn...wow....20 tu... huhuhuhu. Dri angka 1 btukar pi angka 2... hihihihi. Mmpu ka aku mgharungi hdupan ni.... dri alam knak2 kpd rmaja.... n xlma lgi ke alam dewasa. tpi skrg ni msh lgi alam remaja ya....ahahaha. By the way... cita psl umr2 ni kn.. aku tfkir la plk...mkin hri aku ni mkin tua.. so hidup pun kna la brubah... dri prngai mcm budak2 pi prngai org dwasa.. em..korg rasa aku ni dah ckup dwasa ka ek???? aku rsa blm lgi cuuz aku still feel tkut tau utk hrungi hidup ni. Blm blh mandiri lgi. Hei...xtaula mcmna nnt bla aku dah msuk Universiti...(insya Allah). Mdh2 hn aku dpt la msuk U n kjar cita2 aku. Then blh la bhagia kn org tua aku. Blh blas jasa mrka yg x thingga mrka brikan pada aku dri aku kcil shingga kini... I luv both of u my parents...>3.