Sunday, June 19, 2011

Sambal Goreng Udang

Sesuai dijadikan menu makan tengah hari.

Bahan-bahan:100gm udang segar
2 biji cili merah
2 ulas bawang putih
Sos cili secukupnya
Garam secukup rasa
Minyak masak untuk menumis secukupnya

Cara memasak:

1. Bersihkan udang dan buang kepalanya.
2. Panaskan sedikit minyak masak di dalam kuali. Goreng udang sehingga masak. Angkat dan toskan.
3. Kemudian panaskan minyak masak sekali lagi. Tumis bawang putih sehingga wangi.
4. Masukkan cili merah dan kacau sehingga masak.
5. Selepas itu masukkan sos cili dan garam secukup rasa. Kacau rata sehingga sebati.
6. Masukkan udang yang digoreng tadi. Gaul rata seketika. Angkat dan sedia dihidangkan.



Selamat Mencuba.. ^^

No comments:

Post a Comment