Monday, May 16, 2011

Motivasi untuk Pelajar...



Kecemerlangan yang hakiki adalah memasuki syurga yang disediakan Allah. Kecemerlangan di dunia hanya bermakna apabila ia menjadi alat bagi mencapai kecemerlangan di akhirat.

Kita kini berada dalam tahun 2011 Masihi. Tahun 2010 baru sahaja kita tinggalkan dengan penuh kenangan. Sama ada pahit ataupun manis. 12 bulan yang dilalui terasa begitu pantas berlalu.

Liku-liku hidup yang ditempuh mematangkan diri. Suka duka tabah diharungi. Perjuangan hidup kita perlu diteruskan dengan keyakinan dan ketabahan. Kedatangan tahun baharu juga bererti bertambahnya usia kita. Namun begitu, adakah dengan meningkatnya usia kita akan lebih matang dalam tindak tanduk kita? Itulah yang harus kita fikirkan.

Dalam meniti usia remaja, seseorang pelajar itu perlu ada wawasan diri bagi mencapai kecemerlangan sama ada dalam hidup ataupun dalam pelajaran. Mereka perlu ada prinsip yang digenggam kukuh dan tidak mudah goyah ditiup angin. Mereka tidak mudah dipengaruhi oleh mana-mana anasir yang akan melalaikan.


Mencari Erti Kecemerlangan


Sebagai remaja yang berwawasan kita tentu mendambakan kecemerlangan. Masing-masing berlumba-lumba mencari kecemerlangan. Kecemerlangan menjadi cita-cita dan impian setiap insan.
Dalam buku berjudul Tip-tip Cemerlang Daripada Al-Quran, Dr Danial Zainal Abidin ada mengupas beberapa aspek tentang kecemerlangan. Kecemerlangan yang hakiki adalah memasuki syurga yang disediakan Allah.

Kecemerlangan di dunia hanya bermakna apabila ia menjadi alat bagi mencapai kecemerlangan di akhirat. Imam al Ghazali di dalam karya agungnya Ihya Ulumiddin dalam bab Syukur ada menyentuh berkenaan kecemerlangan kemuncak di akhirat. “Ciri-ciri kebahagiaan di akhirat yang tidak ada di dunia boleh dibahagikan kepada empat. Pertama, keadaannya kekal abadi. Kedua, kegembiraannya berkekalan. Ketiga, tidak wujud lagi kejahilan selepas itu. Keempat, tidak wujud lagi kemiskinan selepas itu.


Cemerlang dengan menjadi Global Champion


Global Champion dapat diertikan sebagai jaguh global. Ia bermaksud seseorang itu perlu mempengaruhi dan memimpin dunia berdasarkan kebenaran, serta contoh yang baik bagi golongan lain. Bagi seorang yang beragama Islam, mereka perlu terlebih dahulu memahami Islam dan berasa mulia dan ajarannya. Antara ciri-ciri yang diperlukan untuk menjadi global champion ialah berfikir seperti pemimpin, perkongsian nilai yakni amanah, memberi fokus kepada inovasi, kajian dan pembangunan, mementingkan kualiti, tidak berasa inferior atau rendah diri dan mampu bekerjasama.

Cemerlang dengan Iman & Takwa
Kecemerlangan bermula dari dalam. Ledakan iman dan takwa mampu mengubah dunia dan seisinya. Mereka yang bertakwa akan diilhamkan dengan petunjuk. Berpandukan petunjuk, mereka mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi. Lebih daripada itu, takwa juga memurahkan rezeki di dunia.

Cemerlang dengan Ilmu serta Hikmat
Kesempurnaan iman dan takwa tidak akan tercapai tanpa ilmu dan hikmat. Malah ilmu dan hikmat adalah pintu gerbang kepada segala kebaikan dan kecemerlangan. Potensi yang ada pada manusia hanya bersinar selepas digosok dengan ilmu. Menurut Imam hadis, Bukhari dan Muslim, “Manusia ibarat lombong emas dan perak. Mereka yang baik pada masa jahiliah akan menjadi baik dalam Islam apabila mereka mempunyai kefahaman yang mantap.”

Kahwin Muda, antara risiko dan tanggungjawabnya


Hah,,,, kali ni efa nak cerita tentang khawin muda pulak... hehehehe. Ramai dah kawan2 efa khawin muda... dah jodoh dorang kan... Hopely dorh bahagia la. Post efa kali ni boleh dijadikan ilmu n juga pengetahuan am untuk kita semua... efa ada terbaca kisah ni kat dalam majalah.. so efa ingat nak share la dengan korang semua.....



Kalau dahulu, zaman ayah dan ibu kita berkahwin awal atau di usia muda memang digalakkan. Malah kebanyakan jodoh dicari oleh ibu bapa. Matlamatnya adalah untuk mematangkan anak mereka supaya belajar hidup berdikari dan mempunyai tanggungjawab dalam menangani rumah tangga. Namun seiring dengan perubahan masa, cabaran juga berbeza. Pun begitu, masih ada trend pasangan muda berkahwin awal. Itu bagus, sekurang-kurangnya dapat mengelakkan daripada melakukan perkara yang tidak baik. Hakikatnya, adakah berkahwin muda itu menjamin kerukunan rumah tangga sepanjang hayat? atau pun berisiko besar menggugat keharmonian rumah tangga, lantaran masih mentah dan kurang ilmu keibubapaan yang akhirnya membawa kepada penceraian?

Rencana kali ini rasanya cukup relevan untuk diketengahkan bahkan pula, isu sekarang ini ramai pasangan muda berkahwin awal. Untuk mengupas isu ini dengan lebih jelas, Dara.com cuba meminta pandangan dan pendapat dua orang pakar motivasi iaitu Dr Rubiah Hamzah dan juga Pof.Dr Rozieta Shaary , pakar Pembangunan Modal Insan.

Tidak salah asalkan cukup persediaan
Menurut Dr Rubiah, jodoh pertemuan itu adalah ketentuan Allah. Manusia hanya mampu merancang sedangkan Allah jua yang menentukan perjalanan hidup kita. Jika sudah ditentukan kita berkahwin dalam usia yang muda, mungkin itulah yang terbaik Allah ingin berikan kepada hamba-Nya yang terpilih. Katanya lagi kebanyakan ibu bapa dan remaja itu sendiri menganggap berkahwin dalam usia yang muda akan menghadapi banyak masalah. Mungkin mereka memikirkan belum mantap dari segi kerjaya mahupun ekonomi. Lantaran itu kekangan kewangan sering dijadikan isu.

“Apabila menyebut soal perkahwinan, apa yang pasti ia adalah satu sunnah yang perlu kita ikut apabila cukup syaratsyaratnya. Jadi mengapa perlu menidakkannya? Perkahwinan adalah sesuatu yang indah, ibarat syurga di dunia jika kita bijak melayari bahtera perkahwinan. Oleh sebab itu sebelum benar-benar bersedia untuk berkahwin perlu ketahui keperluan dan persediaan mental dan fizikal.

“Hakikatnya perkahwinan pada usia muda bukanlah sesuatu yang mustahil, asalkan seseorang itu sanggup serta ikhlas memikul peranan dan tanggungjawab yang telah sedia ada. Tidak ada masalahnya perkahwinan yang dibina oleh pasangan yang sama-sama muda. Apa yang penting ialah bagaimana kita mengendalikan kehidupan berumah tangga itu sendiri. Apa pun, semuanya terpulang kepada pasangan masing-masing. Realitinya kehidupan sebelum dan selepas berkahwin adalah berbeza,” katanya.

Kelebihan kahwin muda
Jelasnya lagi, perkahwinan pada usia muda ada banyak kelebihannya. Antaranya apabila usia semakin bertambah, anak-anak juga semakin membesar. Sekurang-kurangnya pada masa itu, tenaga masih kuat serta ekonomi juga sudah kukuh. Malah pada usia muda, pasangan suami isteri sudah mula memikirkan tentang masa depan dan hala tuju kehidupan berkeluarga.

“Ada yang beranggapan berkahwin di usia muda rugi sebab tidak puas Berseronok. Apa pun, bagi saya kebebasan itu tidak bermakna sekiranya usia muda itu tidak dipergunakan sebaik mungkin ke arah yang membawa kepada manfaat.

“Malah aspek kematangan tidak 100 peratus terletak pada usia seseorang. Apabila seseorang itu tahu tanggungjawab masing-masing, insya-Allah kematangan fikiran mereka akan hadir dengan sendiri,” tuturnya. Lantaran itu nasihat Dr Rubiah, aspek ekonomi, kesabaran, persediaan psikologi dan kenali pasangan adalah antara persediaan yang perlu ada dalam mengharungi pelbagai cabaran alam rumah tangga.

Sikap pembimbing keluarga
Ditanya tentang segelintir perkahwinan yang melibatkan remaja bawah umur, jelas Dr Rubiah antara punca berlakunya kahwin bawah umur ialah hilang minat belajar dan mendapat bakal suami yang mampu menyara kehidupan mereka. Ramai remaja perempuan yang tidak meneruskan persekolahan memilih untuk berkahwin dan ia dipersetujui oleh ibu bapa.

Selain itu, remaja yang berasal dari kampung dan tinggal di kawasan pedalaman serta kurang pendedahan kepada kepentingan pendidikan turut menyumbang kepada perkahwinan bawah umur ini. Pada mereka perkahwinan adalah jalan untuk menyelamatkan mereka daripada masalah sedangkan cabaran pada masa hadapan memerlukan masyarakat yang celik ilmu.

“Oleh sebab itu yang berkahwin bawah umur adalah remaja perempuan, maka suami harus bertanggungjawab membimbing isteri dalam menguruskan rumah tangga. Kita kena ingat, dalam usia yang muda, mereka belum mempunyai pengalaman yang cukup dan kematangan sebagai seorang isteri. Adalah penting suami memainkan peranan sebagai pembimbing keluarga,” ujarnya.

Dah habis baca kan??? So,,, pa komen korang pasal post ni??????  

Cantik dan Sihat dengan ciptaan Allah



Mengelakkan rambut gugur
Miliki masalah rambut? Adakah rambut anda gugur, bercabang atau diserang kelemumur? Hakikatnya terdapat pelbagai jenis masalah rambut. Oleh itu, Dara.com memberikan beberapa kaedah atau petua tradisional untuk diamalkan. Zaman ini, remaja begitu gemar pergi ke salun rambut dan membuat rawatan stim, antara yang paling popular adalah kaedah meluruskan rambut (rebonding). Kecantikan yang anda miliki ini hanyalah bersifat sementara, akhirnya anda bakal memiliki rambut yang rosak. Tetapi dengan kaedah rawatan rambut secara tradisional, anda juga mampu memiliki rambut yang sihat dan sempurna. Oleh itu, Dara.com cuba memberikan beberapa petua tradisional yang lebih asli dan tiada kesan sampingan.

Campurkan air asam jawa dan santan ke dalam sebuah bekas. Masukkan beberapa kuntum bunga kenanga atau bunga-bunga yang wangi. Basuh rambut menggunakan campuran tersebut. Rambut akan berbau harum tanpa di syampu.

Masalah rambut kering
Rawatan minyak panas amat sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah ini. Caranya ialah panaskan minyak (minyak sayuran) kemudian lumurkan pada rambut menggunakan jari. Kemudian tekupkan kepala dengan tuala yang diwapkan. Biarkan dalam 20 minit dan bersihkan.

Rambut berminyak
Campurkan syampu bersama kuning telur di dalam semangkuk air suam dan cucilah rambut seperti biasa. Lakukannya dua kali dalam seminggu. Insya-Allah masalah rambut minyak akan dapat diatasi.


Monday, May 2, 2011

Lelaki Masak Tak Cool?????



Lelaki kini sudah tidak betah ke dapur. Bahkan ada yang lebih pakar berbanding wanita dalam bidang masakan. Ada umphh..
Eh lelaki memasak? Bukan ke lelaki lebih sinonim dengan makan di luar. Tak kan nak memasak pula. Kata orang mana cool lelaki memasak. Makan di kedai kan lebih cepat dan menjimatkan masa. Lagi pula, apa sangat la yang lelaki tahu tentang masakan.
Sinonim seorang lelaki, hanya tahu bertanya bila makanan dah sedia. Paling kurang, hendak tahu menu apa yang ada. Jarang rasanya lelaki akan masuk ke dapur untuk menolong menyediakan makanan. Apatah lagi hendak memasak.
Ada juga yang memandang serong apabila seorang lelaki berkebolehan dalam masakan. Jika lelaki bujang, ada yang cuba melihat apakah mereka itu lelaki lembut. Andai sudah berkeluarga, pandangan nakal mungkin menyusul bahawa barangkali mereka takut bini!
Benarkah begitu? Jika dilihat fenomena di restoran atau kedai makan, biasanya tukang masaknya adalah lelaki. Malah rancangan-rancangan masakan di kaca televisyen pula sering menampilkan chef dalam kalangan lelaki. Tak cool?
Pandangan bahawa hanya kaum wanita tahu memasak barangkali telah lapuk. Lelaki kini sudah tidak betah ke dapur. Bahkan ada yang lebih pakar berbanding wanita dalam bidang masakan. Ada umphh..
Kalau dulu-dulu, antara kriteria calon isteri disarankan orang tua adalah memilih anak gadis yang pandai memasak. Kata mereka, kerana masakanlah hati suami tertambat di rumah. Hingga tidak lagi terliur masakan di luar.
Namun, kalau lelaki yang pandai memasak, bukankah itu satu bonus buat kaum wanita? Situasi sekarang sudah berubah. Isteri turut sama membanting tulang keluar mencari rezeki. Kadang-kadang tidak punya kesempatan untuk menyediakan makanan di rumah.
Di sinilah untungnya wanita bersuamikan lelaki yang pandai memasak. Andai punya ruang terluang lelaki yang boleh membantu mengambil alih tugas isterinya di dapur. Belum lagi ketika isterinya berpantang setelah bersalin. Sekurang - kurangnya ringan tanggungjawab isteri.
Cuba bayangkan keadaan begini. Seorang lelaki yang punya jawatan besar di syarikatnya pulang ke rumah namun tidak lokek untuk memasak bersama isteri. Bayangkan dengan masih memakai baju kerjanya siang tadi, seluar belum bertukar, tetapi menyinsing lengan memotong bawang. Barulah cool.
Memasak sama tanggungjawabnya dengan mengemaskan rumah, menjahit serta menyediakan pakaian anak bagi seorang lelaki. Membayangkan bahawa tiada ego yang tersimpan dalam hati seorang lelaki untuk membantu wanita bergelar isterinya.

* Alangkah best nya dpt bakal suami yg pndai masak kn????? 

Apakah Ciri-ciri Wanita Syurga??


1. Bertakwa.

2. Beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, hari kiamat, dan beriman kepada takdir yang baik mahupun yang buruk.

3. Bersaksi bahawa tiada yang berhak disembah kecuali Allah, bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya, mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa bulan Ramadan, dan menunaikan haji bagi yang mampu.

4. Ihsan, iaitu beribadah kepada Allah seakan-akan melihat Allah, jika dia tidak dapat melihat Allah, dia mengetahui bahawa Allah melihat dirinya.

5. Ikhlas beribadah semata-mata kepada Allah, tawakal kepada Allah, mencintai Allah dan Rasul-Nya, takut terhadap azab Allah, mengharap rahmat Allah, bertaubat kepada-Nya dan bersabar atas segala takdir Allah serta mensyukuri segala kenikmatan yang diberikan kepadanya.

6. Gemar membaca al-Quran dan berusaha memahaminya, berzikir mengingati Allah ketika sendiri atau bersama orang dan sentiasa berdoa kepada Allah.

7. Menghidupkan amar makruf dan nahi mungkar pada keluarga dan masyarakat.

8. Berbuat baik (ihsan) kepada tetangga, anak yatim, fakir miskin, dan seluruh makhluk, serta berbuat baik terhadap haiwan ternakan yang dimiliki.

9. Menyambung tali persaudaraan terhadap orang yang memutuskannya, memberi kepada orang, menahan pemberian kepada dirinya, dan memaafkan orang yang menzaliminya.

10. Adil dalam segala perkara dan bersikap adil terhadap seluruh makhluk.

11. Menjaga lisannya daripada perkataan dusta, saksi palsu dan menceritakan kejelekan orang lain (ghibah).

12. Menepati janji dan amanah yang diberikan kepadanya.

13. Berbakti kepada kedua-dua orang tua.

14. Menyambung silaturahim dengan keluarganya, sahabat terdekat dan jauh.


* Adakah ciri2 ini berada dlm diri anda???? renung2 kn la....