Monday, May 2, 2011

Lelaki Masak Tak Cool?????



Lelaki kini sudah tidak betah ke dapur. Bahkan ada yang lebih pakar berbanding wanita dalam bidang masakan. Ada umphh..
Eh lelaki memasak? Bukan ke lelaki lebih sinonim dengan makan di luar. Tak kan nak memasak pula. Kata orang mana cool lelaki memasak. Makan di kedai kan lebih cepat dan menjimatkan masa. Lagi pula, apa sangat la yang lelaki tahu tentang masakan.
Sinonim seorang lelaki, hanya tahu bertanya bila makanan dah sedia. Paling kurang, hendak tahu menu apa yang ada. Jarang rasanya lelaki akan masuk ke dapur untuk menolong menyediakan makanan. Apatah lagi hendak memasak.
Ada juga yang memandang serong apabila seorang lelaki berkebolehan dalam masakan. Jika lelaki bujang, ada yang cuba melihat apakah mereka itu lelaki lembut. Andai sudah berkeluarga, pandangan nakal mungkin menyusul bahawa barangkali mereka takut bini!
Benarkah begitu? Jika dilihat fenomena di restoran atau kedai makan, biasanya tukang masaknya adalah lelaki. Malah rancangan-rancangan masakan di kaca televisyen pula sering menampilkan chef dalam kalangan lelaki. Tak cool?
Pandangan bahawa hanya kaum wanita tahu memasak barangkali telah lapuk. Lelaki kini sudah tidak betah ke dapur. Bahkan ada yang lebih pakar berbanding wanita dalam bidang masakan. Ada umphh..
Kalau dulu-dulu, antara kriteria calon isteri disarankan orang tua adalah memilih anak gadis yang pandai memasak. Kata mereka, kerana masakanlah hati suami tertambat di rumah. Hingga tidak lagi terliur masakan di luar.
Namun, kalau lelaki yang pandai memasak, bukankah itu satu bonus buat kaum wanita? Situasi sekarang sudah berubah. Isteri turut sama membanting tulang keluar mencari rezeki. Kadang-kadang tidak punya kesempatan untuk menyediakan makanan di rumah.
Di sinilah untungnya wanita bersuamikan lelaki yang pandai memasak. Andai punya ruang terluang lelaki yang boleh membantu mengambil alih tugas isterinya di dapur. Belum lagi ketika isterinya berpantang setelah bersalin. Sekurang - kurangnya ringan tanggungjawab isteri.
Cuba bayangkan keadaan begini. Seorang lelaki yang punya jawatan besar di syarikatnya pulang ke rumah namun tidak lokek untuk memasak bersama isteri. Bayangkan dengan masih memakai baju kerjanya siang tadi, seluar belum bertukar, tetapi menyinsing lengan memotong bawang. Barulah cool.
Memasak sama tanggungjawabnya dengan mengemaskan rumah, menjahit serta menyediakan pakaian anak bagi seorang lelaki. Membayangkan bahawa tiada ego yang tersimpan dalam hati seorang lelaki untuk membantu wanita bergelar isterinya.

* Alangkah best nya dpt bakal suami yg pndai masak kn????? 

4 comments:

  1. feminime berabis blogmu geng..nice..hehe...(aku lelaki pandai masak ya..masak maggie..nasi goreng dan laen2..ahahahaha~~~)

    ReplyDelete
  2. hahahaha... feminin??? huhuhuhu. prmpn aku ni... jdi x heran la kn???? ala.. klu msak i2... smua org tau... huhuhuuhu

    ReplyDelete
  3. dlm pdngan sya seorang lelki yang pandai masak mempunyai sifat kasih sayang yang amat kuat pada seseorang yang dia sayang. lelaki yang pandai masak ni boleh membantu psangannya. sebagai contoh seorng isteri yang jatuh sakit, suaminya boleh ambil alih tugas isterinya wat sementara waktu sehingga isterinya pulih semula. lelaki yang pandai masak ni sebenarnya bukan hanya mempunnyai kebolehan memasak bahkan pandai membuat hal2 yang dibuat oleh seorng suri rumah.sya rasa lelaki yang pandai masak adlah lelaki yang lebih "cool" sbab dia mempunyai kebolehan yang lebih berbanding lelaki lain.cuba kamu bayngkan "boyfriend" kmu, menghadiahkn kamu "kek" semasa hari jadi kamu, dan "kek" tersebut dibuat sendiri oleh "boyfriend" kamu. fuhh!! "Romantik" sungguh..
    sya seorg lelaki yang pandai masak dan sya tdak berasa malu mengakuinya... "nothing to be a shame and afraid except making a sin"

    ReplyDelete
  4. dlm pdngan sya seorang lelki yang pandai masak mempunyai sifat kasih sayang yang amat kuat pada seseorang yang dia sayang. lelaki yang pandai masak ni boleh membantu psangannya. sebagai contoh seorng isteri yang jatuh sakit, suaminya boleh ambil alih tugas isterinya wat sementara waktu sehingga isterinya pulih semula. lelaki yang pandai masak ni sebenarnya bukan hanya mempunnyai kebolehan memasak bahkan pandai membuat hal2 yang dibuat oleh seorng suri rumah.sya rasa lelaki yang pandai masak adlah lelaki yang lebih "cool" sbab dia mempunyai kebolehan yang lebih berbanding lelaki lain.cuba kamu bayngkan "boyfriend" kmu, menghadiahkn kamu "kek" semasa hari jadi kamu, dan "kek" tersebut dibuat sendiri oleh "boyfriend" kamu. fuhh!! "Romantik" sungguh..
    sya seorg lelaki yang pandai masak dan sya tdak berasa malu mengakuinya... "nothing to be a shame and afraid except making a sin"

    ReplyDelete