Monday, May 16, 2011

Kahwin Muda, antara risiko dan tanggungjawabnya


Hah,,,, kali ni efa nak cerita tentang khawin muda pulak... hehehehe. Ramai dah kawan2 efa khawin muda... dah jodoh dorang kan... Hopely dorh bahagia la. Post efa kali ni boleh dijadikan ilmu n juga pengetahuan am untuk kita semua... efa ada terbaca kisah ni kat dalam majalah.. so efa ingat nak share la dengan korang semua.....



Kalau dahulu, zaman ayah dan ibu kita berkahwin awal atau di usia muda memang digalakkan. Malah kebanyakan jodoh dicari oleh ibu bapa. Matlamatnya adalah untuk mematangkan anak mereka supaya belajar hidup berdikari dan mempunyai tanggungjawab dalam menangani rumah tangga. Namun seiring dengan perubahan masa, cabaran juga berbeza. Pun begitu, masih ada trend pasangan muda berkahwin awal. Itu bagus, sekurang-kurangnya dapat mengelakkan daripada melakukan perkara yang tidak baik. Hakikatnya, adakah berkahwin muda itu menjamin kerukunan rumah tangga sepanjang hayat? atau pun berisiko besar menggugat keharmonian rumah tangga, lantaran masih mentah dan kurang ilmu keibubapaan yang akhirnya membawa kepada penceraian?

Rencana kali ini rasanya cukup relevan untuk diketengahkan bahkan pula, isu sekarang ini ramai pasangan muda berkahwin awal. Untuk mengupas isu ini dengan lebih jelas, Dara.com cuba meminta pandangan dan pendapat dua orang pakar motivasi iaitu Dr Rubiah Hamzah dan juga Pof.Dr Rozieta Shaary , pakar Pembangunan Modal Insan.

Tidak salah asalkan cukup persediaan
Menurut Dr Rubiah, jodoh pertemuan itu adalah ketentuan Allah. Manusia hanya mampu merancang sedangkan Allah jua yang menentukan perjalanan hidup kita. Jika sudah ditentukan kita berkahwin dalam usia yang muda, mungkin itulah yang terbaik Allah ingin berikan kepada hamba-Nya yang terpilih. Katanya lagi kebanyakan ibu bapa dan remaja itu sendiri menganggap berkahwin dalam usia yang muda akan menghadapi banyak masalah. Mungkin mereka memikirkan belum mantap dari segi kerjaya mahupun ekonomi. Lantaran itu kekangan kewangan sering dijadikan isu.

“Apabila menyebut soal perkahwinan, apa yang pasti ia adalah satu sunnah yang perlu kita ikut apabila cukup syaratsyaratnya. Jadi mengapa perlu menidakkannya? Perkahwinan adalah sesuatu yang indah, ibarat syurga di dunia jika kita bijak melayari bahtera perkahwinan. Oleh sebab itu sebelum benar-benar bersedia untuk berkahwin perlu ketahui keperluan dan persediaan mental dan fizikal.

“Hakikatnya perkahwinan pada usia muda bukanlah sesuatu yang mustahil, asalkan seseorang itu sanggup serta ikhlas memikul peranan dan tanggungjawab yang telah sedia ada. Tidak ada masalahnya perkahwinan yang dibina oleh pasangan yang sama-sama muda. Apa yang penting ialah bagaimana kita mengendalikan kehidupan berumah tangga itu sendiri. Apa pun, semuanya terpulang kepada pasangan masing-masing. Realitinya kehidupan sebelum dan selepas berkahwin adalah berbeza,” katanya.

Kelebihan kahwin muda
Jelasnya lagi, perkahwinan pada usia muda ada banyak kelebihannya. Antaranya apabila usia semakin bertambah, anak-anak juga semakin membesar. Sekurang-kurangnya pada masa itu, tenaga masih kuat serta ekonomi juga sudah kukuh. Malah pada usia muda, pasangan suami isteri sudah mula memikirkan tentang masa depan dan hala tuju kehidupan berkeluarga.

“Ada yang beranggapan berkahwin di usia muda rugi sebab tidak puas Berseronok. Apa pun, bagi saya kebebasan itu tidak bermakna sekiranya usia muda itu tidak dipergunakan sebaik mungkin ke arah yang membawa kepada manfaat.

“Malah aspek kematangan tidak 100 peratus terletak pada usia seseorang. Apabila seseorang itu tahu tanggungjawab masing-masing, insya-Allah kematangan fikiran mereka akan hadir dengan sendiri,” tuturnya. Lantaran itu nasihat Dr Rubiah, aspek ekonomi, kesabaran, persediaan psikologi dan kenali pasangan adalah antara persediaan yang perlu ada dalam mengharungi pelbagai cabaran alam rumah tangga.

Sikap pembimbing keluarga
Ditanya tentang segelintir perkahwinan yang melibatkan remaja bawah umur, jelas Dr Rubiah antara punca berlakunya kahwin bawah umur ialah hilang minat belajar dan mendapat bakal suami yang mampu menyara kehidupan mereka. Ramai remaja perempuan yang tidak meneruskan persekolahan memilih untuk berkahwin dan ia dipersetujui oleh ibu bapa.

Selain itu, remaja yang berasal dari kampung dan tinggal di kawasan pedalaman serta kurang pendedahan kepada kepentingan pendidikan turut menyumbang kepada perkahwinan bawah umur ini. Pada mereka perkahwinan adalah jalan untuk menyelamatkan mereka daripada masalah sedangkan cabaran pada masa hadapan memerlukan masyarakat yang celik ilmu.

“Oleh sebab itu yang berkahwin bawah umur adalah remaja perempuan, maka suami harus bertanggungjawab membimbing isteri dalam menguruskan rumah tangga. Kita kena ingat, dalam usia yang muda, mereka belum mempunyai pengalaman yang cukup dan kematangan sebagai seorang isteri. Adalah penting suami memainkan peranan sebagai pembimbing keluarga,” ujarnya.

Dah habis baca kan??? So,,, pa komen korang pasal post ni??????  

No comments:

Post a Comment