Wednesday, April 20, 2011

3 tips shortcut utk solekan...



Wajah seseorang akan menjadi lengkap dan menarik jika dirias dengan solekan walaupun sedikit. Namun, masa merupakan perkara utama yang menjadi penghalang kepada seseorang untuk berhias. Semua orang beranggapan, untuk menghias wajah memerlukan satu jangka masa yang panjang dan lama. Tetapi sebenarnya, anda hanya memerlukan lebih kurang 10 minit sahaja untuk lengkapkan wajah anda itu. Tidak percaya? Ikuti artikel di bawah.

Mata

1. Pensel kening atau eyebrow.
Eyebrow sebenarnya penting untuk mengubah penampilan pada wajah anda. Tidak perlu sehingga mencukur atau membuang kening untuk mendapatkan kening yang cantik. Anda boleh bentukkan menggunakan eyebrow yang sesuai warnanya dengan kulit wajah anda. Untuk langkah berjaga-jaga, pilih eyebrow berwarna coklat gelap atau terang. Lukis dan bentuk dengan kadar sederhana dan tipis. Berbeza pula jika kening anda semulajadi nipis, anda boleh melukisnya dengan lebih tebal dan sesuai.

2. Pensel mata atau eyeliner.
Eyeliner mampu member ilusi mata yang besar atau membentuk mata mengikut kehendak anda. Anda juga boleh memilih solekan mata mengikut situasi yang akan anda hadiri. Untuk ke majlis makan malam, anda boleh mengenakan solekan lebih galak dan tebal pada bahagian atas dan bawah mata anda. Untuk solekan formal, temuduga atau ke kelas, cukup jika anda melukis secara sederhana pada bahagian atas mata sahaja.

3. Maskara.
Antara fungsi maskara adalah untuk melentik dan memanjangkan bulu mata. Selain itu, maskara juga akan menjadikan mata anda kelihatan lebih besar dan jelas jika digabungkan dengan solekan eyeliner. Anda juga boleh memilih sapuan mascara lengkap untuk bahagian atas dan bawah mata atau pada bahagian atas mata sahaja. Maskara adalah pelengkap untuk kecantikan pada bahagian mata anda.

No comments:

Post a Comment